EDU 3106

Satu perkongsian ilmu tanpa batasan...




Sekolah tempat ideal galakkan integrasi kaum.

Thursday, January 27, 2011

http://sekalibicara.blogspot.com/2009/01/sekolah-tempat-ideal-untuk-galakkan.html

January 25, 2011

Sekali Bicara: Sekolah tempat ideal galakkan integrasi kaum: Lee Lam Thye

Bold
Oleh Mohd FuadRazali

BERNAMA Online semalam melaporkan saranan Anggota Panel Penasihat Perpaduan
Negara, Tan Sri Lee Lam Thye kepada remaja di negara ini supaya memberi tumpuan ke
arah memperkukuhkan integrasi kaum dan menggalakkan perpaduan antara kaum di
tahun baru ini sebagai sebahagian daripada sumbangan mereka ke arah pembinaan
sebuah negara berbilang bangsa yang sebenar. Beliau berpendapat sekolah sebagai
tempat yang ideal untuk mengalakkan mereka bergaul dan memahami antara satu
sama lain.

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Remaja Malaysia yang berbilang kaum
perlu memberi tumpuan ke arah memperkukuhkan integrasi kaum dan
menggalakkan perpaduan antara kaum di Tahun Baru ini sebagai
sebahagian daripada sumbangan mereka ke arah pembinaan sebuah
negara berbilang bangsa yang sebenar.
Anggota Panel Penasihat Perpaduan Negara Tan Sri Lee Lam Thye berkata
mereka perlu mengabaikan hakikat bahawa orang yang dekat dengan
mereka adalah daripada kaum dan agama yang berlainan, sebaliknya harus
menyedari hanya satu perkara, bahawa orang itu adalah rakan mereka.
"Mereka perlu menghapuskan jurang perkauman, mendekati dan menjalin
persahabatan dengan rakan-rakan daripada kumpulan kaum yang lain,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lee berkata sekolah adalah tempat yang ideal untuk menggalakkan
integrasi kaum dan guru serta ibu bapa perlu melaksanakan peranan
masing-masing bagi membantu proses itu.
Beliau berkata ibu bapa mesti menggalakkan anak-anak mereka supaya
bergaul dengan rakan-rakan berlainan kaum agar mereka lebih saling
memahami agama, budaya dan cara hidup satu sama lain.
Lee berkata penyemaian nilai-nilai murni yang mempunyai hubungan
dengan perpaduan harus bermula di sekolah rendah dan ini boleh
menghasilkan generasi masa depan warga Malaysia yang menyedari
sepenuhnya tanggungjawab mereka ke arah pembinaan negara.
"Perpaduan dan keharmonian mesti menjadi sebahagian daripada budaya
kita dan perlu ada lebih banyak peluang bagi masyarakat berbilang kaum
untuk bertemu dan menjalin persefahaman serta persahabatan yang akrab
demi masa depan negara kita," katanya.

Saya berpendapat kenyataan itu agak menarik, kerana Lee berpendapat sekolah sebagai
tempat yang ideal untuk memupuk persefahaman antara kaum. Soalnya, dalam
keadaan sekarang, di mana majoriti murid Melayu bersekolah di sekolah kebangsaan dan
bergaul sesama mereka, manakala majoriti murid Cina pula belajar dan bergaul sesama
mereka di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan majoriti murid India pula belajar dan
bergaul sesama mereka saja di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT), bolehkah hasrat
dan saranan itu menjadi kenyataan?

Saya rasa sekolah bukan saja tempat yang ideal, tetapi sebaliknya memang tempat yang
terbaik untuk berbuat demikian. Ini bukan soal idealis lagi, tetapi adalah satu realiti.
Soalnya, bersediakah kita untuk menterjemahkan idealisme itu menjadi satu realiti?
Bersediakah kita, guru serta ibu bapa, seperti disarankan Lee, tanpa mengira bangsa
dan agama, melaksanakan peranan masing-masing bagi membantu proses itu?
Saya tidak berminat mengulas panjang mengenai perkara ini, kerana telah mengulas
mengenainya sebelum ini dalam tulisan saya, Satu Sistem Persekolahan, dan Satu
sistem persekolahan II: Pandangan Ridhuan Tee, sebelum ini.

0 comments:

Post a Comment