EDU 3106

Satu perkongsian ilmu tanpa batasan...




Amanah Saham Nasional.

Thursday, January 27, 2011

AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD (ASNB)

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang bertanggungjawab untuk mengurus tabung tabung unit amanah ASN, ASN 2, ASN 3, ASG-Pendidikan, ASG- Kesihatan, ASG-Persaraan, ASB, ASW 2020, ASM dan ASD.

ASNB ditubuhkan pada 22 Mei 1979 untuk mengurus tabung unit amanah yang dilancarkan oleh PNB. Selama lebih 25 tahun bertapak dalam industri ini, ASNB terus mengekalkan kedudukannya sebagai syarikat pengurusan unit amanah utama di negara ini dengan memegang lebih 40% daripada jumlah keseluruhan unit dalam edaran.


PRODUK ASNB

1) Skim Amanah Saham Nasional (ASN)
Dilancarkan pada 20 April 1981. Objektifnya adalah bagi menjana

pulangan yang berpatutan dalam bentuk modal kepada pemegang-pemegang

unit melalui pelaburan dalam kepelbagaian portfolio.

2) Amanah Saham Nasional 2 (ASN2)
Dilancarkan pada 9 Jun 1999. Objektifnya untuk memberi peluang kepada pemegang-pemegang unit untuk mendapat pulangan dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pulangan modal pada tahap risiko yang berpatutan melalui pelaburan dalam kepelbagaian portfolio sekuriti, terutamanya dalam ekuiti sekuriti Malaysia selaras dengan Suratikatan, Garis Panduan dan undang-undang sekuriti.

3) Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN3)

Dilancarkan pada 16 Oktober 2001. Objektifnya adalah untuk menjana pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga jangka masa panjang menerusi pelaburan dalam portfolio yang seimbang dan melalui pelaburan semula pengagihan pendapatan, sekiranya ada.

4) Amanah Saham Gemilang (ASG)
Dilancarkan pada 17 mac 2003. Terdapat 3 tabung iaitu, ASG-Amanah Saham Pendidikan, ASG-Amanah Saham Kesihatan dan ASG-Amanah Saham Persaraan

5) Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Dilancarkan pada 2 Januari 1990. Objektifnya adalah untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang- pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.

6) Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020)
Dilancarkan pada 28 Ogos 1996. Objektifnya adalah untuk memberi kadar pulangan yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit menerusi pelaburan dalam portfolio terpilih yang terdiri daripada pelaburan yang dibenarkan.

7) Amanah Saham Malaysia (ASM)
Dilancarkan pada 20 April 2000. Objektifnya adalah untuk memberi peluang kepada pemegang-pemegang unit membuat pelaburan jangka panjang yang menjana pulangan yang kompetitif dan berterusan menerusk pelaburan dalam portfolio yang dipelbagaikan.

8) Amanah Saham Didik (ASD)
Dilancarkan pada 20 April 2001. Objektifnya adalah untuk memberi peluang pelaburan yang dapat menjana pulangan dan pertumbuhan pelaburan jangka panjang yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit.

9) Amanah Saham 1Malaysia (AS 1MALAYSIA)
Dilancarkan pada 31 Julai 2009. Objektif pelaburan AS 1Malaysia adalah untuk mendapatkan peluang pelabuan yang menjana pendapatan yang konsisten dan berterusan di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit di dalam tempoh jangka panjang melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan.

pelancaran-saham-amana

Amanah Saham 1Malaysia dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada 31 Julai 2009.

Sumber: www.asnb.com.my

0 comments:

Post a Comment