EDU 3106

Satu perkongsian ilmu tanpa batasan...




Integrasi nasional.

Thursday, January 27, 2011

Issues on Integrasi national. - TeluguYuva.Net
September 16: Integrasi nasional perlu diperbaiki
Liew Nyin Tet

Sep 16, 05 4:44pm

Malaysia baru sahaja menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-48. Pendek kata,
hari kemerdekaan kali ini disambut dengan begitu meriah sekali di seluruh negara. Di
mana-mana sahaja kibaran jalur gemilang jelas kelihatan. Suasana sebegini
mengingatkan kita ketika negara baru sahaja membebaskan diri daripada cengkaman
penjajah.

Sesungguhnya, hari kebangsaan kali ini harus menjadi kebanggaan semua, kerana
Malaysia kini sebuah negara makmur dari aspek ekonomi, aman damai dari aspek sosial
dan mempunyai situasi politik yang stabil. Malaysia juga semakin terkenal di peringkat
antarabangsa dan menjadi teladan kepada negara dunia ketiga yang lain.

Malaysia masih lagi mempunyai potensi luas untuk terus berkembang pada masa akan
datang. Berdasarkan perkembangan semasa, Wawasan 2020 nampaknya tidak
mustahil untuk dicapai dan Malaysia pasti akan berjaya muncul sebagai negara maju
menjelang tahun 2020. Bagaimanapun, di saat kita gembira berpesta meraikan
pencapaian cemerlang negara, kita harus berwaspada dengan ancaman keretakan
integrasi nasional di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment