EDU 3106

Satu perkongsian ilmu tanpa batasan...

Tugasan : 11 Februari 2011

Saturday, February 12, 2011

Nama Kursus : Budaya dan Pembelajaran
Kod Kursus : EDU 3106
Nama Pensyarah : Dr. Tan Ai Mei

Tugasan berikut adalah pesanan daripada Dr. Tan Ai Mei kepada semua guru pelatih kumpulan G5.7. Tugasan 1 bersifat kumpulan, dan tugasan 2 merupakan kerja individu.
Tarikh untuk menghantar penulisan refleksi ialah sebelum 18 Februari 2011.

Tugasan 1 :
Anda dikehendaki membuat analisis terhadap sebuah artikel akademik yang menjadi pilihan anda. Penulisan akademik berkenaan berpandukan kehendak seperti yang tersenarai di bawah:
• Menyatakan tema / persoalan sosio- budaya terbabit
• Perihalkan isu yang terkandung dalam artikel?
Perbincangan dibuat berpandukan pendapat pakar dan hasil kajian empirikel yang berkaitan
• Buat analisis terhadap artikel yang dipilih dengan menghubungkaitkan isu- isi yang terkandung dalam artikel dengan peranan yang perlu dijayakan oleh anda sebagai seorang guru. Huraikan implikasi isu yang terkandung dalam artikle ini terhadap peranan anda sebagai seorang guru secara khusus, dan kepada kalangan guru di sekolah dan amalan
pendidikan secara am.

Tugasan 2 :
Tulis sebuah refleksi mengenai pengaruh sosio-budaya masyarakat yang
mempengaruhi pengajaran guru, pembelajaran murid dan dasar serta
sistem pendidikan yang diamalkan di dalam sesebuah Negara seperti yang
anda perhatikan dalam masyarakat Malaysia.
Panjang esei anda tidak kurang daripada 2 muka surat.

0 comments:

Post a Comment